Thursday, October 29, 2009

Apa Untungnya dengan UMNO?

Isu Kerajaan Perpaduan antara segelintir Pemimpin PAS dan UMNO tidak ada kesudahannya lagi walaupun Pimpinan Tertinggi PAS memberi amaran supaya dihentikan segera isu tersebut tetapi masih ada lagi segelintir Pemimpin dan ahli PAS yang berdegil untuk bekerjasama dengan UMNO. Amukan Tok Guru Nik Aziz dalam blog beliau mengenai isu ini mencetus keresahan kepada ahli-ahli PAS. Pelbagai dakwaan yang tidak berasas telah dilontorkan kepada Pemimpin kesayangan ahli-ahli PAS ini.

Satu mesyuarat telah berlangsung di Bangunan PAS Pusat di Jalan raja Laut di Kuala Lumpur semalam. Mesyuarat yang berlanjutan sehingg pukul 1pagi itu telah merumuskan bahawa satu seminar akan dilangsungkan tidak berapa lama lagi untuk mengupaskan apa yang Tok Guru bangkitkan dalam blog beliau. PAS Selangor akan disiasat untuk dakwaan bahawa ada beberapa pemimpin mereka yang ingin sangat meneruskan kerjasama dengan UMNO.

Persoalan yang besar yang bermain dalam kotak pemikiran, apa untungnya bekerjasama dengan UMNO? Mereka bukan sahaja tidak selari dengan idealogi perjuangan PAS dari dahulu hingga kini. PAS mempunyai misi yang sama sejak ditubuhkan, meruntuhkan pemerintahan rejim UMNO dimuka bumi Malaysia ini. Apakah dengan kerjasama ini dapat mengubah tabiat buruk UMNO atau sejarah kerjasama UMNO/PAS pada tahun 70an dahulu akan berulang lagi. UMNO akan tetap mempermainkan PAS jikalau mereka berkerjasama.

Bagan Pinang menunjukkan isyarat yang jelas oleh para pengundi bukan melayu, yang mereka telah jelak dengan isu kerjasama PAS/UMNO. Mereka bukan sahaja menolak UMNO, malah sesiapa sahaja yang berkerjasama dengan UMNO. PAS perlu memperkuatkan kekuatan mereka yang nampak lemah sekali dari segi kepimpinan yang ada. Kita tidak mahu dalam PAS, ada perpecahan kumpulan antara Ulama dan Profesional. Jadikan penyatuan Ulama dan Profesional untuk masa depan PAS, gabungan antara satu sama lain ini akan memperkuatkan kepimpinan PAS. Isu Kelab Penyokongan PAS yang dianggotai oleh orang bukan Islam perlu diselaikan secepatkan mungkin, terapkan mereka menjadi salah satu sayap parti, PAS perlu hargai apa yang mereka lakukan untuk bersama-sama perjuangan PAS. Isu ini perlu sangat diselesaikan suapaya tidak menjadi kebosanan kepada mereka sehingga mereka beralih arah.

PAS perlu lebih profesional dalam gabungan Pakatan Rakyat. Misi kita hanya satu untuk meruntuhkan Pemerintahan Barisan Nasional. PAS tidak perlu latah terlalu cepat dalam sesuatu hal sehingga menyusahkan gabungan lain dalam Pakatan Rakyat. PAS UNTUK SEMUA itu perlu difahami sepenuhnya.